Monday, 2 January 2012

NASI GORENG DABAI

Nasi Goreng Dabai
  BAHAN-BAHAN:
1 pinggan nasi putih
Buah dabai (rendam dengan garam)
1 biji telur
Sedikit minyak masak
2 sudu besar sos tiram
Sedikit bawang goreng
2 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1) Tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan sos tiram dan telur. Kacau rata.
2) Masukkan nasi putih dan buah dabai.
3) Masukkan garam dan bawang goreng.
4) Kacau dan hidangkan.

NASI AYAM HAINAN




Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 cawan air
30 gm halia - dicincang
30 bawang putih - dicincang
30 gm daun ketumbar
Secubit garam
100 gm tauhu - dipotong dadu
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
Timun - dihiris nipis
Tomato - dihiris nipis
Salad
Bahan-bahan untuk nasi:
400 gm beras wangi - dibersihkan dan ditus
30 gm bawang putih - dicincang
30 gm bawang besar - dicincang
30 gm halia - dicincang
60 gm lemak ayam
1/2 liter stok ayam
Secubit ayam
2 helai daun pandan
Cara menyediakan nasi:
1. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar bersama lemak ayam.
2. Masukkan beras dan gaul hingga mesra.
3. Masukkan stok ayam dan daun pandan.
4. Biarkan nasi benar-benar masak.

Cara menyediakan sup:
1. Didihkan air.
2. Masukkan halia, bawang putih, garam dan daun ketumbar untuk dijadikan sup.
3. Masukkan ayam ke dalam sup.
4. Tutup dan biarkan sehingga sup mendidih.
5. Keluarkan ayam, potong ayam kepada beberapa bahagian.
6. Hidangkan bersama timun, tomato dan salad.
7. Kemudian masukkan tauhu ke dalam sup sebelum dihidangkan bersama ayam yang dipercik kicap cair dan minyak bijan.
8. Hidangkan juga bersama sos cili dan kicap cair.

LAKSA PAHANG

Bahan-bahan:
1 peket laksa rebus
6 ekor ikan kembung
2 keping asam gelugur
6 biji bawang merah - dikisar
2 inci halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
1 sudu teh lada hitam - dikisar
Sedikit santan
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan hiasan:
Sedikit kacang panjang - dihiris
Sedikit bawang besar - dimayang
Sedikit timun - dihiris
Sedikit tauge - dicelur
Cara menyediakan:
1.  Mula-mula, rebus ikan kembung bersama asam gelugur.
2.  Ambil bahagian isinya dan kisar. Ketepikan ikan kisar ini.
3.  Ambil air rebusan ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk.
4.  Masukkan ikan yang telah dikisar tadi.
5.  Masukkan juga kesemua bahan-bahan lain yang dikisar iaitu bawang merah, halia, serai dan lada hitam.
6.  Tuangkan santan ke dalamnya. Kacau rata.
7.  Masak sehingga mendidih.
8.  Masukkan pula garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
9.  Setelah masak, tuangkan kuah laksa di atas laksa rebus.
10. Hiaskan dengan kacang panjang, bawang besar, timun dan tauge.

NONA ROSE


Bahan-bahan ( 1 loyang besar )

  • 5 cawan air
  • 2 1/2 cawan gula
  • sedikit pewarna merah
  • sedikit esen ros
  • 3 cwn sagu (basuh dan toskan)

Cara-cara

  1. 1. rebus air dan gula sehingga mendidih 2. masukkan pewarna dan esen ros 3. masukkan sagu biji, kacau sampai rata dan kembang 4. masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak 5. kukus selama 10-15 minit
  2. masukkan pewarna dan esen ros
  3. masukkan sagu biji, kacau sampai rata dan kembang
  4. masukkan ke dalam acuan yang telah disapu minyak
  5. kukus selama 10-15 minit