KEK CHIFFON
BAHAN BAHANNYA :-
Acuan chiffon 22 cm
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak
Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar
CARA MENYEDIAKANNYA :-
Bahan (A):
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau.
( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan
dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama
baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu
.Bahan (B) :-
1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi
hingga kembang.
4. Masukkan cream of tar tar.
Pukul lagi hingga betul2 kembang,
jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
5. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam
bahan A sedikit demi sedikit....guna
spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
6. Tuang adunan ke dalam periuk lubang..
tak perlu di lenser.
7. Setelah siap, hentakkan beberapa kali
dan bakar selama 45-50 minit 175c.
8. Setelah masak, angkat kek dan terus
terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
9. Setelah sejuk, boleh lah dipotong dan hidangkan
No comments:
Post a Comment