Saturday, 30 July 2011
Wednesday, 27 July 2011
Pulut Panggang
Utk pulut
2 cawan pulut (rendam ler sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa
Utk inti
1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles
Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.
Dalam pada tu buleh mula buat inti. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukka dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuhler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.
Bab daun pulak, layur dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kalo nak lebih kemas, gulung atas tikar sushi tu..lagi kelas u!!! Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu. Wokeh..sekian ..itu jer la!

pengat pisang
Bahan2:
Pisang nipah dipotong kecil2 - Sesisir
Kelapa Parut - Sebiji
Gula Kabung/ Gula Melaka - 1/2 biji dicincang halus
Biji Sagu
Gula Pasir - 2 sudu
Secubit Garam
Daun Pandan
Cara Memasak:
1. Kelapa parut diambil santan nya, diasingkan yg pekat dan yg cair (perahan pertama dicampur air sedikit saje utk dptkan santan yg betul2 pekat kira2 satu cawan). Untuk santan cair agak2 ler banyak mane pisang tu ye..senang kate buat 2 kali perahan santan cair
2. Panaskan santan cair terlebih dahulu atas api , masuk pisang yg telah dipotong dan biji sagu. Masukkan sekali gula kabung. Biarkan pisang sampai empuk dan biji sagu kembang jernih.
3. Masukkan secubit garam (bukan utk jadikan masin tp utk dptkan rasa lemak) beza tau kalu tak letak garam skit. Pastu, masukkan daun pandan dan rasa kalau belum cukup manis tambah gula pasir. Bila tgk pisang dh empuk, biji sagu dh masak tambahkan santan pekat...kacau trus jgn biarkan ye nnt pecah santan. bila dah mendidih tutup api. Siap! Selamat mencuba...;)

Resepi Bubur Kacang Durian
Bahan-bahannya:
1/2 cawan kacang hijau direndam 3 jam dan kemudian direbus sehingga pecah.
6 ulas durian
1 helai daun pandan
1/2 cawan gula putih atau gula melaka(terpulang kepada cita rasa)
3 cawan santan sederhana pekat
sedikit garam
Cara Masaknya:
1. Satukan santan, daun pandan, garam dan durian. Masak dengan api yang kecil dan kacau selalu sehingga sedikit menggelegak.
2. Masukkan kacang hijau yang telah direbus tadi berserta gula . Kacau sehingga kuah menggelegak dan angkat
Read more: http://cikmin.com/2010/08/bubur-kacang-hijau-durian/#ixzz1TNJ5muKn
Sunday, 17 July 2011
Bubur Lambuk
Bahan-bahan ( 5 orang )
- 2 1/2 cawan beras
- 2 ekor ikan kembung bersaiz sederhana
- segenggam udang hidup
- 2 sudu besar udang kering dikisar/ditumbuk kasar
- 2 cawan santan drp sebiji kelapa
- 8 ulas bawang merah dikisar halus
- 2 ulas bawang putih dikisar halus
- 1 inci halia dikisar halus
- 3 batang serai dititik
- 6 cawan air
- Garam & gula secukup rasa
- 2 sudu serbuk lada hitam
- 3 helai daun pandan disimpul
- 2 cawan pucuk paku merah/perak/paya (sama jenis tp nama berbeza)-diambil daun & batang yg lembut shj
- 2 helai daun kunyit dimayang halus
- 3 tangkai daun kesum dimayang halus
- 2 sudu kerisik kelapa (jika suka)
Cara-cara
- Bersihkan ikan & udang & direbus dgn sedikit garam. Ketepikan & JANGAN DIBUANG AIR REBUSAN TADI.
- Didihkan air rebusan tadi dengan beras yang telah dibasuh bersih. Tambah air & rebus sehingga kembang/pecah.
- Ikan & udang dikisar kasar & digaulkan bersama bawang merah, putih & halia telah dikisar halus serta serbuk lada hitam & udang kering. Biarkan sebentar & masukkan ke dalam beras yg telah kembang tadi. Biarkan menggelegak di atas api sederhana.
- Masukkan serai & santan. Kacau & pastikan tidak pecah minyak.
- Tambahkan kerisik kelapa, garam & sedikit gula mengikut selera. Kacau rata & didihkan lagi.
- Akhir sekali, masukkan daun pandan, daun kunyit, daun kesum & pucuk paku. Gaul & tutup api.
Tag
Saturday, 16 July 2011
Tempoyak Goreng
Bahan-bahan ( untuk 1 biji buah durian )
- 1 biji buah durian
- 3 biji lada besar
- 1 labu bawang besar
- segenggam ikan bilis (digoreng dahulu)
- 2 ulas bawang merah
- gula
- garam
- minyak untuk menumis
Cara-cara
- Perap durian bersama garam selama 1 minggu.
- Selepas seminggu...
- Tumis bawang merah, bawang besar, dan lada besar.
- Selepas itu, masukkan ikan bilis (yang telah digoreng dahulu).
- Setelah semua bawang dan lada besar telah layu digoreng, masukkan tempoyak tadi.
- Masukkan gula secukup rasa. Gaulkannya sehingga sebati.
- Bila dah siap, bolehlah dimakan bersama nasi panas...
Minyak Lembutkan Kuih Apam
Masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian kukus adunan kuih apam tadi. Kuih apam tersebut akan menjadi lembut dan dimasak lebih halus serta tidak lagi melekat pada bekas acuannya.
Friday, 15 July 2011
Gulai umbut Pisang Dengan Tulang
Bahan-bahan ( 4 org )
- 500 g umbut batang pisang (isi yang paling dalam.Potong 1/2 jengkal)
- 1 kg tulang lembu yang ada daging (potong kecil)
- 2 paket serbuk kari daging
- 500 ml santan
- 1 tangkai daun kari
- 2 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 ulas bawang merah (kisar halus)
- 6 ulas bawang putih (kisar halus)
- 1 inci halia (kisar halus)
- 2 sudu besar cili boh
- Sedikit air asam jawa
- Minyak utk menumis
- 1 gelas air
- Garam, gula dan MSG secukupnya
Cara-cara
- Panaskan Minyak.Tumiskan bahan kisar dengan daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang hingga wangi.Bancuh rempah kari dengan air dan cili boh.Masukkan kedalam bahan yang telah ditumis tadi dan masakkan hingga rempah pecah minyak.
- Masukkan santan dan kecilkan api.Masukkan pula tulang dan batang pisang.Biarkan mendidih dan batang pisang empuk.Tambahkan air asam, garam, gula dan MSG secukupnya.Masak sebentar.Siap utk dihidang.
Thursday, 14 July 2011
10 Jenis Makanan Anti-Kolesterol
Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang seperti ini:
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPALMemakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan
5. IKAN TUNATermasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAHKacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung
7. MANGGAVitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

| 14 Kuasa Hebat Teh |
Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:- 1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang. 2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati. 3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60% 4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E 5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak. 6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh. 7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan 8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas. 9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda. 10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh. 11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida. 12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius. 13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh. 14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser |
| Makanan yang Wajib Di Makan Setiap hari |
Makan adalah perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup, namun persoalannya, dakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? 1. Yogurt Manfaat Ekstra: Menguatkan tulang, meningkatkan daya tuhan tubuh. Kenapa perlu minum yogurt? yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Pun begitu, tidak semua yogurt mengandungi bakteria baik, jadi sebelum membeli pastikan labelnya tertulis 'mengandungi kultur yang hidup dan aktif' agar menfaatnya dapat di nikmati oleh tubuh. 2. TomatoManfaat Ekstra : Melawak kanser, kesihatan jantung, meningkatkan daya tahan tubuh. Kenapa harus makan tomato? warnanya yang merah mengandungi banyak likopen yang kaya antiokjsidan, bahkan penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-[aru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah. 3. Lobak MerahManfaat Ekstra: Meningkatkan daya tahan, menajamkan penghlihatan, sebahagian besar buah dan sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit dan rheumatiod arthritis. 4. BlueberryManfaat Ekstra: Meransang kerja otak serta meningkatkan kesihatan jantung. Kenapa harus makan bluekerry? buah ini kaya antioksida, ia dipercayai dapat mencegah beberapa jenis penyakit dan juga meningkatkan daya ingatan. Penyelidan menunjukkan bahawa bluberry kaya dengan serat, vitamin A dan C. 5. Soya hitam Manfaat Ekstra: Pertumbuhan otot, merangsangkan kerja otak, kesihatan jantung, semua soya bagus untuk kesihatan jantung. sementara itu, soya hitam pula mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan. Kenapa? kacang siya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksida yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori. 6. Gandum Manfaat ekstra: pertumbuhan otot, merangsang otak, kesihatan jantung, selain kaya dengan khasiat, gandung juga mengandungi serat tinggi yang larut air. di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. selain itu, gandung juga kaya dengan karbohidrat. 7. Bayam Manfaat ekstra: Meningkatkan pertumbuhan otot, kesihatan jantung, menguatkan tulang dan meningkatkan ketajaman penghlihatan, bayam kaya dengan asid lemak omega 3 dan folat yang membantu menurunkan risiko doserang beberapa jenis penyakit. walaupun is sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan tenaga lelaki. |
Puding Permata
- ** Bahan untuk agar-agar :
- 300ml air
- 200ml susu cair (saya guna susu segar)
- 125gm gula pasir
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar serbuk agar-agar
- ** Bahan untuk kastad :
- 500ml air
- 400ml susu cair / susu segar
- 250gm gula pasir
- 10gm serbuk agar-agar
- 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
Cara-cara
- ** Untuk agar-agar : Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
- Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
- ** Untuk kastad : Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
- Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.
Siakap 3 Rasa
- 1 ekor ikan siakap
- 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 1/3 biji capsicum merah (tak letak)
- 1/3 biji capsicum hijau
- 1 biji tomato - didadu kasar)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 3 cm halia (dihiris halus)
- Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
Bahan B:- (untuk sos)
- 3 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar air
- 1 sudu kecil gula pasir
Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)
- 1 pokok daun bawang
- 2 biji cili merah (dihiris)
- 2 biji cili hijau (dihiris)
- 2 biji buah tomato (dipotong 4)
akak tambah-1 batang daun ketumbar (potong kasar)
1 batang saderi
1/2 batang lobak merah-nak habiskan stok
1 biji bawang merah-potong bulat
Cara-Cara:-
- Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
- Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
- Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
- Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
- Curahkan ke atas ikan tadi.
Biskut Suji Crystal / Crystal Ball Cookies
Bahan A(diayak bersama)
250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda
Bahan B
125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)
Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster
Cara-cara :
1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.
5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster.
Subscribe to:
Comments (Atom)