Saturday, 16 July 2011

Tempoyak Goreng

Bahan-bahan ( untuk 1 biji buah durian )

  • 1 biji buah durian
  • 3 biji lada besar
  • 1 labu bawang besar
  • segenggam ikan bilis (digoreng dahulu)
  • 2 ulas bawang merah
  • gula
  • garam
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Perap durian bersama garam selama 1 minggu.
  2. Selepas seminggu...
  3. Tumis bawang merah, bawang besar, dan lada besar.
  4. Selepas itu, masukkan ikan bilis (yang telah digoreng dahulu).
  5. Setelah semua bawang dan lada besar telah layu digoreng, masukkan tempoyak tadi.
  6. Masukkan gula secukup rasa. Gaulkannya sehingga sebati.
  7. Bila dah siap, bolehlah dimakan bersama nasi panas...

No comments:

Post a Comment